Blog diari ini hanya berkongsi cerita tentang perjalanan hidup saya yang pelbagai watak. Saya mohon maaf atas ketelanjuran ayat-ayat yang dikeluarkan. Sesungguhnya itu adalah emosi saya pada masa itu dan hak milik saya. Jika tersinggung, saya mohon maaf.. maaf dan maaf.

October 24, 2014

1436H


Salam Maal Hijrah

Semoga kita semakin patuh kepada perintahNya dan jauh dari laranganNya. 
Semoga umat Islam semakin bersatu.
Semoga Dunia semakin aman.


Kisah Kempen Sentuh Anjing


Apa komen saya?

Kalau tak sengaja bersentuh, apa boleh buat. Bagi saya sentuh bila ada keperluan. Ustaz/ ulama dah jelaskan hukum Islam dah ditetapkan yang anjing/ babi itu najis.

Tok Siak menganjurkan seperti dalam akaun facebook dia ....

Can Touch & Can Eat. Halal!


October 23, 2014

Tugasan: Hantaran Radz

22 Okt. `14...

Kecik hati ngan baju kurung Inak, saya beralih ke bunga-bunga hantaran sebelum lelapkan mata. Kiranya sambungan daripada Hari-1 tempoh hari. Kali ni bertukar pembantu. Memang sangat membantu.









Konsep hantaran: Cantik, ringkas, boleh guna semula dan kos yang rendah. Cantik... sedap mata memandang. Ringkas... tak perlu serabut dengan hiasan sebab yang penting nampak barangnya. Boleh guna semula... bungan-bunga hiasan boleh gubah semula untuk hiasan meja/ rumah. Kos rendah... tak perlu bazir wang, bajet saya kurang dari rm100.

Lakaran idea:








Tugasan: Baju Inak

21-22 Okt. `14...

 Kesempatan cuti sempena sambutan Deepavali saya manfaatkan dengan mula jahit baju Inak. Baju untuk hari nikah Radz.. insyallah. Warna pilihan saya ialah Turquoise. Kain kosong fabrik Gorgette. Semoga Inak nampak muda bila pakai nanti. Hehheh. Perancangan saya kat baju ni ialah memanik kat hujung tangan. Semoga sempat. Oleh kerana Inak berada jauh, saya terpaksa guna saiz Mak sebab Inak lebih kurang saiz Mak. Untuk semalam, baju sahaja.







Bila dah jahit cantum, macam ada tak kena. Aiyokk.. hmmmm rehat dulu!!! ;)

*****

23 Okt. `14, 11:30pm...

Dah siap bajunya selepas 2 jam betulkan `macam ada tak kena' semalam.



October 21, 2014

Koleksi Syiling Saya (1)

Huda bayar duit nasi goreng. Cek.. cek... ada satu lagi syiling lama. Tambah lagi koleksi dan paling tua dalam simpanan saya... 1967. Siapa lahir tahun berkenaan sila angkat kening ;)



Dari satu sumber yang baru saya tengok, 1967 ialah batch pertama syiling dikeluarkan. Hmmm... maknanya saya berjaya dapatkan dan menyimpan batch pertama. Petikan rujukan (sumber: SimpanKemas) ...

Syiling Malaysia siri Pertama (1st series) 1967-1988

Syiling Malaysia siri Pertama bermula dr 1967 hingga 1988. Designed by Geoffrey Colley (GC). Mint (struck by) Royal Mint of London "