July 13, 2017

Ramadan dan Syawal 2017

Sekarang dalam bulan Syawal. Dah lama tak cerita kat sini. Alhamdulilah.. dalam masa berdiam ni, aktiviti hidup lancar dan teratur samada diri sendiri yang aturkan mahupun diatur oleh yang Maha Esa. Walaupun kita berusaha sehabis daya menguruskan kehidupan harian, yang lebih mengetahui aturan sebenar hidup kita ialah Tuhan. Apa yang kita buat perlu ialah lakukan sesuatu mengikut peraturan, panduan dan undang-undang Nya. Insyallah, kelancaran hidup jadi baik dan berhikmah tanpa kita jangka.
Ramadan... faktor cuaca yang agak panas. Mujur buat keje dalam ofis site. Amal ibadah.. solat2 sunat, saya buat ikut kemampuan. Lebih baik dari tahun lepas. Terawikh, banyak buat kat rumah. Hari keje, sampai rumah terus siap sedia bahan2 masak. Hampir2 azan isyak siap masak & makan. Lepas makan, keletihan. Apa pun, lakukan ikut kemampuan dan perlahan-lahan. Semoga Tuhan terima amal ibadah saya ramadan tahun ini. Dua minggu terakhir, saya diserang batu karang.  Mujur 2 batu kecil. Ujian buat saya.

Beraya rumah Cik Bed

Syawal... sederhana dan teratur. Tak ada biskut raya.. baju raya untuk abang, mak & Tok Siak. Tak sempat dijahit. Biskut raya, saya memang rancang buat bila ada kelapangan sebab nak fokus pada ibadah, rutin sedia ada dan rehat. Sampai sekarang belum ada lapang nyer. Hahaha. Biskut raya saya ganti dengan kuih muih selain menu utama setiap hujung minggu.

No comments:

Post a Comment